Powered by Blogger.

20 April 2011

MEMBELI BARANG DI MUDAH.MY


Saya pernah beberapa kali membeli barang di mudah.my. Selain menggunakan mudah.my sebagai media mencari dan membeli barang, saya juga suka menggunakannya untuk melakukan survey sebelum membeli sesuatu barang sama ada di internet ataupun di kedai. Dengan begitu saya boleh membuat perbandingan harga dan jenis barang yang hendak dibeli. Alhamdulillah! Dengan kemudahan tersebut saya boleh mendapat barang dengan harga yang sangat berpatutan. :)

Di antara barang yang pernah saya beli di mudah.my, ialah:

Barangan Koleksi

Barang yang saya beli ini berharga RM 15 setiap satu. Jika hanya membeli satu, saya mesti membayar kos penghantaran. Untuk mendapatkan penjimatan, saya suka bertanya, "Berapa banyak yang perlu saya beli untuk mendapatkan harga diskaun?" Atau saya akan bertanya, "Boleh dapat bonus tak?" juga "Boleh bagi free shipping?" Saya suka bertanya seperti itu kerana mentor saya pernah cakap begini, "Tanya je! Bukan bayar pun. Tanya saje free, tak payah bayar." Ketika itu saya mendapat harga RM 9 setiap satu jika membeli sebanyak 20 dan free shipping. Kan banyak banyak dah jimat tu! Kalau dia tak bagipun, kita tak rugi. Boleh cari penjual lain. :)

Motor

Kisah tentang pembelian motor ini sudah pernah saya ceritakan dalam blog ini. Dalam entry berkenaan, saya turut menceritakan cara untuk book barang supaya tak lepas ke tangan pembeli lain. Sila klik di [sini] untuk membacanya.

Basikal

Saya berjaya membeli basikal LeRun terpakai dengan harga yang sangat berpatutan. Pada awalnya penjual tidak memberi tahu berapa harga basikal tersebut. Setelah saya bertanya via sms barulah penjual memberi tahu hendak menjualnya dengan harga RM 350. Saya membalas sms tersebut lebih kurang begini, "Boleh kurang lagi tak? Saya bajet nak beli basikal dalam harga RM 200 je. Kalau lebih RM 200 pun tak banyak sangat." Tanya! Jangan tak tanya! Bukan bayar pun! :) Saya menjangka penjual akan menurunkan harga sehingga RM 280. Tapi jangkaan saya itu salah. Harga yang ditawarkan hanya RM 220 sahaja. Sebelumnya saya telah melakukan survey di beberapa kedai basikal. Harga untuk basikal LeRun baru seperti yang saya beli tidak kurang dari RM 400.

LeRun: Alloy frame | Gear Set Shimano Revo Shift | Absorber | Shimano 6 Speed Sprocket | 18 Speed | Wheel Set Double Wall Alloy Rim |

Digital Camera
Saya membeli digital camera Olympus X 560 WP (seperti pada gambar di atas) dari Cheapsales. Dari survey yang saya buat di mudah.my sebelumnya, saya dapati Cheapsales memberikan harga yang paling murah, hanya RM 330 termasuk free shipping. Tapi saya menambah RM 30 lagi untuk membeli memory card 2 GB. Total keseluruhan RM 360. Saya menempah pada hari Selasa, 29hb Mac waktu tengah hari. Pada pagi hari Rabu, 30hb Mac saya telah menerima barang yang saya tempah. Sungguh pantas! :) Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan barang yang saya terima. Kekurangan membeli darinya kita tidak mendapat warranty rasmi dan bagi saya itu tiada masalah, insya Allah.

1 comments:

Matjoe said... [Reply to comment]

mmg bagus mudah ni/ Alhamdulillah, everything work well for you.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP