Powered by Blogger.

29 September 2011

DILEMA WANG HANTARAN

Sudah sangat lama saya tidak menulis tentang pernikahan di bawah label Baitul Muslim. Tulisan terakhir saya ditulis pada 5 Ogos 2010 di bawah tajuk Rangkaian Ibadah Nikah Vol 3 (Persiapan Keuangan). Sudah lebih dari setahun. :D

Sebenarnya saya sudah agak lama merancang untuk menulis kembali tentang pernikahan. Terlebih lagi ketika sahabat baik saya Mohd Anuar Khazizi melangsungkan perkahwinan pada 30 hb April 2011 yang lalu. Namun baru sekarang perancangan itu berjaya disempurnakan. Hu hu hu...

Kali ini saya cuba menulis tentang wang hantaran dalam perkahwinan.

Mari kita mulakan dengan berapakah wang hantaran yang ditetapkan oleh mertua saya? Saya masih ingat pagi itu saya, bakal ayah dan ibu mertua saya sedang melawat rumah yang akan menjadi tempat tinggal saya dan isteri setelah menikah nanti. Kami hanya bertiga. Ketika itu bakal ibu mertua mengatakan, "Terpulang nak bagi berapa". Subhanallah! Saya tak pernah terfikir akan dapat jawapan seperti itu. :)

Untuk makluman, sebelum berkahwin dengan isteri saya, saya pernah bertunang dengan seorang muslimah yang lain. Ketika saya bertunang dengan muslimah itu, pihak keluarganya menetapkan bahawa wang hantaran yang perlu saya bayar adalah RM 8 ribu sahaja. :D Walaupun ketika itu masih belajar, saya yakin bahawa pada tarikh perkahwinan yang ditentukan nanti, iaitu 2 tahun kemudian, Allah akan membantu saya untuk memenuhi "kewajipan" itu. Caranya? Saya hanya perlu bersedekah sekurang-kurangnya 10% dari RM 8 ribu, iaitu RM 800. :)

Namun dengan kehendak Allah SWT pertunangan itu berakhir di tengah jalan (sila baca: Misteri Jodoh!). Alhamdulillah! Kemudian Allah mempertemukan saya dengan jodoh yang sememangnya telah dituliskan oleh-Nya akan menjadi bidadari saya di dunia (sila baca: Ta'aruf!). Sungguh indah perancangan Allah! :)

Mengulang kembali soalan di atas: Berapakah wang hantaran yang ditetapkan oleh mertua saya?
Jawapannya: Terpulang pada saya.

Soalan seterusnya: Berapakah wang hantaran yang patut saya bagi?
Jawapannya: Sepatutnya saya bagi tidak kurang dari RM 8 ribu. Kerana "sebelumnya" telahpun ditetapkan sebanyak itu. Jadi saya merasa tidak patut jika dikurangkan lagi. Malah kalau boleh bagi lebih, lagi elok. Hu hu hu...

Itu kisah saya.

Bagaimana dengan kisah yang lainnya?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP