Rasanya suami tidak perlu mencium (dahi) isterinya di ahadapan khalayak selepas majlis akad nikah. Pada pandangan saya adalah lebih beradab dan menjaga maruah isterinya jika perkara tersebut dilakukan ketika sedang berdua sahaja dengan isteri. Dengan begitu suami boleh melakukannya dengan lebih ikhlas dan romantik. :)
Tetapi apa yang saya lihat di Malaysia, biasanya setelah akad nikah pengantin lelaki akan memakaikan cincin dan gelang (kalau ada) kepada pengantin perempuan.
Kemudian pengantin perempuan akan mencium tangan suaminya. Posing ini memakan masa beberapa minit kerana juru gambar perlu menangkap gambar dari pelbagai sudut. Termasuk juru gambar yang tidak bertauliah. :D
Setelah itu suami akan mencium (biasanya dahi) isterinya di hadapan khalayak sama ada atas kehendak sendiri ataupun di bawah tekanan kehendak sanak saudara dan mungkin rakan yang kononnya merasa bahawa perkara itu adalah romantik, tidak boleh tidak, hanya sekali seumur hidup, tiada salahnya, biasa sahaja, dan malah tidak sedikit mengaggapnya adalah adat dan budaya.
Posing ini juga memakan masa beberapa minit seperti posing sebelumnya.
Apakah ini berakhir di sini? Bagi sesetengah orang jawapannya ya. Tapi tidak bagi sebahagian yang lain. Gambar tadi akan di-upload ke dalam fb oleh pasangan pengantin itu atau mungkin ahli keluarga dan juga rakan untuk menjadi tayangan kepada khalayak yang lebih ramai di dunia maya.
Dalam hal ini bakal pasangan suami dan isteri boleh berbincang dan berpakat sebelumnya. Kehendak sanak saudara itu boleh dijangkakan. Jadi walaupun mereka memaksa, jika pasangan tetap dengan pendirian dan kesepakatan insya Allah tiada masalah.
Sekadar isteri mencium tangan suami rasanya sudahpun memadai. Biarlah malu yang menjadi pakaian pasangan pengantin ketika itu.
Pernikahan adalah suatu ibadah. Maka biarlah sega;a prosesnya berlangsung tanpa menyalahi akidah, syariah dan akhlak islamiyyah.





0 comments:
Post a Comment